Study in Hungary

Friday, October 2, 2009

Segera isi jawatan doktor - Musa

ARKIB : 29/09/2009

KOTA KINABALU 28 Sept. - Kementerian Kesihatan diminta mengatasi segera masalah kekurangan doktor yang berada di tahap kritikal sejak sekian lama dan menjejaskan perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, masalah itu sudah lama dimaklumkan kepada pihak berkenaan dan kerajaan negeri berharap ia dapat diselesaikan segera.

"Kalau boleh beri kelonggaran kepada doktor pakar dari luar negara untuk datang bekerja di Sabah bagi mengatasi masalah ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pembukaan Perhimpunan Agung Keempat Persatuan Penggalakan Pelancongan (TPO) Bandaraya Asia Pasifik di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun; Presiden TPO, Nam Sik Hur; Pengerusi Lembaga Pelancongan Malaysia, Datuk Dr. Victor Lee dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Ilyas Ibrahim.

Semalam Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, masalah kekurangan doktor di Sabah pada masa ini berada di tahap kritikal berbanding dengan jumlah penduduk negeri ini yang semakin bertambah.

Rosnah memberitahu, jawatan doktor yang diisi di Sabah kini hanya kira-kira 30 peratus daripada keperluan berbanding kadar pengisian nasional sebanyak 53 peratus.

* Agak aneh, bila Ketua Menteri sendiri mengatakan masalah sudah lama dimaklumkan, siapa sebenarnya yang engkar, ataupun tidak mengendahkan masalah satu negeri, atau siapa lebih dengar suara siapa....

No comments:

Sukhoi History