Study in Hungary

Monday, October 12, 2009

'IPT tempatan pegang integriti, etika beri ijazah'

JAWATANKUASA Naib-Naib Canselor/Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yakin pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan berpegang teguh kepada integriti dan etika dalam menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD).

Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, berkata tidak timbul isu pengeluaran PhD palsu mahupun ekspres seperti didakwa hingga boleh menjejaskan kredibiliti IPT negara.

“Setiap universiti mempunyai garis panduan dan prosedur masing-masing sebelum menganugerahkan ijazah berkenaan selepas pelajar memenuhi keperluan akademik dan tugasan ditetapkan.

“Pendekatan dilaksanakan kini memadai dalam mengesahkan sama ada PhD seseorang pelajar itu diperoleh mengikuti prosedur atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, baru-baru ini, yang mendakwa terdapat pemalsuan kelulusan seperti ijazah sarjana dan PhD secara berleluasa di negara ini.

No comments:

Sukhoi History