Study in Hungary

Sunday, October 25, 2009

Seni Mentafsir & Mentakwil..Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..



Sewaktu pelancaran 1 Sahabat. Ramai yang menyangka saya dari Kementerian Belia & Sukan..makan gajinya kata mereka..tidak entrepreneurship..takpa lah..maybe it is good to judge a book by its cover..it is still a long way for them to learn and understand..the 'seni' mentafsir dan mentakwil..

Alhamdulillah..saya terdetik untuk datang dengan memandu Kelisa...Kebendaan tidak dibawa kemati..Kehebatn diri tidak disangkutkan dengan betapa besarnya kereta yang dinaiki..

Wisdom ... itu ... tetap perlu...
Aqli & Naqli..



Saya masih ingat akan kenyataan rakan-rakan konsultan dari sebelah Russia, bertanyakan, kenapa Malaysia susah sangat nak melihat St. Petersburg, saya katakan bukan Malaysia, tapi sesetengah manusia (saya ulang : sesetengah ), bukan semua, tapi mungkin mereka teralpa, kerana tidak pernah kesana untuk memahami sendiri akan pendidikan, semoga mereka tidak menjadi katak dibawah tempurung.
Bagaimanapun, adalah lebih menarik, apabila ada seorang Pegawai, dari sebuah Kementerian (yang kini telahpun dimansuhkan), yang tidak yakin, dan keutamaan beliau adalah 'sedap ke makanannya?'. Adalah agak janggal bila itu menjadi keutaamaan beliau. Sehari selepas mendengar soalan tersebut, ketika bertembung didalam lif, MISSIB Management sekali lagi ke Kementerian yang sama, dan bertemu beliau. Adalah tidak dijangka, dari senyuman yang dilihat semalamnya, bertukar menjadi maki hamun kerana menyusahkan kerjanya..

Beliau akhirnya berkata - tak perlu pelajar Malaysia pergi ke luar negara.. dan beliau bermegah - megah dengan negara yang pernah dilawatinya.. Allah Maha Kaya...seminggu selepasnya, bumbung didalam Bangunan Kementerian tersebut runtuh..(sewaktu memaki hamun, ada beliau menyebut, beliau yang menyokong permohonan kontraktor - kontraktor)


I was asked to appear on Awani, for Pre and Post Budget Discussion. I have to say, I am rather amazed because, everyone love to narrow everything down towards the economics of 'dollars and cents', when the real crux of the budget is for Rakyat. I did mention that, as 'pemikir' in the discussion, perhaps we have to look at it philosophically, and figure out ways that the budget will have a more macro effect towards social, religion etc..

It was kinda interesting when us, the pemikir, were going along the way of 'high income' (which happens to be the title for the budget), way before, we even have a clue what it is all about..

My 2 cents worth point of view..


Me and KCD Group


The Press Interview by Sin Chew Jit Poh, Me and Prof Szabo from the University of Szeged. Both of us & Mr Robert Papp went to UPM for a friendship meeting with the Medical Faculty.


Phd Viva Voce at Bauman Moscow State Technical University, The Russian Federation.

Saturday, October 24, 2009

Monday, October 12, 2009

Tougher for Malaysians who forgo citizenship to reapply

UTRAJAYA, Oct 12 (Bernama) -- Malaysians who have renounced their citizenship will be subjected to stricter procedures should they reapply for the status, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said today.

He said their applications would be accorded the same treatment as that given to those from foreigners applying for Malaysian citizenship.

Hishammuddin responded thus when asked to comment on a newspaper report today that Malaysians who had renounced their citizenship found it difficult to get British citizenship.

According to the report by a wire agency, datelined London, hundreds of Malaysians who had "torn" up their Malaysian passports and left for Britain to claim citizenship under colonial laws found themselves to be stateless persons.

The report said that an architect from Penang had to resort to washing dishes at a Chinese restaurant after he had renounced his Malaysian citizenship and gone to Britain.

"Sometimes, when we see what's going on in certain countries, we are drawn by the promises of third parties. But what we get may not be what we had dreamed of," Hishammuddin told reporters after attending an Aidilfitri reception of the ministry, here.

He said he viewed seriously the action of some Malaysians who were prepared to "discard" their citizenship when many foreigners were keen on acquiring Malaysian citizenship.
MySinchew 2009.10.12

'IPT tempatan pegang integriti, etika beri ijazah'

JAWATANKUASA Naib-Naib Canselor/Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yakin pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan berpegang teguh kepada integriti dan etika dalam menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD).

Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak, berkata tidak timbul isu pengeluaran PhD palsu mahupun ekspres seperti didakwa hingga boleh menjejaskan kredibiliti IPT negara.

“Setiap universiti mempunyai garis panduan dan prosedur masing-masing sebelum menganugerahkan ijazah berkenaan selepas pelajar memenuhi keperluan akademik dan tugasan ditetapkan.

“Pendekatan dilaksanakan kini memadai dalam mengesahkan sama ada PhD seseorang pelajar itu diperoleh mengikuti prosedur atau sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, baru-baru ini, yang mendakwa terdapat pemalsuan kelulusan seperti ijazah sarjana dan PhD secara berleluasa di negara ini.

Kejayaan program pengantarabangsaan bantu UM duduki tempat 180, UTM ke-320

PERANCANGAN dan usaha bersungguh-sungguh meningkatkan kecemerlangan antara faktor dua universiti tempatan mencapai kedudukan lebih baik dalam penarafan universiti terbaik dunia, tahun ini.

Berdasarkan penarafan Times Higher Education - Quacquarelli Symonds (THE-QS) itu, Universiti Malaya (UM) sekali lagi tersenarai dalam kelompok 200 universiti terbaik apabila menduduki tempat 180 selepas kali terakhir 192 tiga tahun lalu, melonjak 50 tangga berbanding kedudukan 230 tahun lalu.

Manakala Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula turut berbangga kerana berjaya melonjakkan 36 anak tangga apabila menduduki tempat 320 berbanding ke-356 tahun lalu.

Dalam pada itu, tiga lagi universiti tersenarai dalam penarafan itu mencatat penurunan kedudukan, iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada 291 berbanding tangga 250 tahun lalu, Universiti Sains Malaysia (314/313), Universiti Putra Malaysia (345/320).

Naib Canselor UM, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon, menyifatkan peningkatan itu adalah hasil usaha warga universiti itu yang bersungguh-sungguh untuk meningkatkan kecemerlangan.

“Dengan penyertaan institusi makin bertambah dalam penarafan THE-QS saban tahun, peningkatan kedudukan ini dilihat lebih berkualiti berbanding tahun sebelumnya kerana persaingannya bertambah sengit.

“Antara usaha drastik yang kami lakukan sejak setahun lalu termasuk pengambilan 300 kakitangan dan kira-kira 1,000 pelajar antarabangsa untuk meningkatkan tahap pengantarabangsaan UM.

“Fokus UM kini lebih tertumpu kepada pelajar pascaijazah, penyelidikan dan penerbitan berkualiti, selain memastikan tiada kakitangan akademik terkecuali menulis serta menerbitkan jurnal kerana ia kriteria menyebabkan universiti tempatan kurang mendapat markah dalam penilaian THE-QS,” katanya.

Berdasarkan penarafan organisasi berpangkalan di London itu, enam kriteria menjadi ukuran iaitu penilaian rakan sejawatan (kalangan ahli akademik), pendapat majikan (industri), nisbah pensyarah dengan pelajar, rujukan dibuat penyelidik lain terhadap penerbitan kakitangan universiti dinilai, bilangan pelajar dan kakitangan antarabangsa.

Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Zaini Ujang, pula berkata kejayaan itu hasil perancangan dan usaha bersungguh-sungguh universiti itu meningkatkan kerjasama dalam pelbagai program pengantarabangsaan.

Beliau berkata, antaranya menjalin hubungan dan mewujudkan usaha sama dengan universiti, pusat penyelidikan dan badan profesional terkemuka di luar negara.

“UTM mengadakan kerjasama dengan banyak universiti di seluruh dunia, termasuk penyelidikan dan pembangunan, pertukaran akademik dan penerbitan serta mengambil bahagian dalam seminar peringkat antarabangsa.

“Kerjasama turut diadakan dengan universiti ternama seperti Harvard, Massachusetts Institute of Technology, Cambridge, Imperial College dan Oxford menerusi program penghantaran mahasiswa dan kakitangan.

“Pertambahan jumlah penuntut antarabangsa dari lebih 48 negara, terutama bagi program ijazah dan pascaijazah kini kira-kira 3,000 orang turut menyumbang kepada peningkatan kedudukan UTM,” katanya.

Zaini berkata, peningkatan itu juga menunjukkan program akademik universiti itu mendapat pengiktirafan antarabangsa dari segi kualiti dan kredibilitinya setanding universiti terkemuka luar negara.

Beliau berkata, UTM berusaha menjadi pemangkin utama di peringkat antarabangsa dalam bidang akademik bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya 50 peratus pelajar pascaijazah dan lima peratus ijazah pertama di kalangan pelajar luar negara menjelang 2013.

“Ini selari dengan usaha berterusan memperbaiki kualiti akademik program pascaijazah dan ijazah pertama dengan membentuk kerjasama dengan industri utama dalam pelbagai sektor.

“UTM juga disenarai dalam 300 universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan sains hayat, di samping mempunyai bilangan fakulti bidang kejuruteraan paling banyak di negara ini,” katanya.

Selain itu, beliau menjelaskan, 70 peratus daripada 1,800 kakitangan akademiknya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat, juga terbanyak di negara ini.

Zaini berkata, universiti itu turut mengadakan trransformasi penyelidikan dan inovasi dengan menstruktur semula pusat penyelidikan supaya lebih efektif dan dinamik.

Usaha itu, katanya, untuk menggalakkan penyelidik aktif dalam pelbagai disiplin penyelidikan berimpak tinggi, strategi penyelidikan terkini dan penggerak dalam menghasilkan penulisan yang boleh dijadikan rujukan.

Sementara itu, Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah, berkata, dari segi kriteria menggunakan data kuantitatif markah universiti berasaskan pertanian meningkat, tetapi penilaian membabitkan persepsi seperti penilaian rakan sejawatan dan pendapat majikan menurun.

Beliau berkata, faktor penurunan itu mungkin disebabkan dua kriteria berdasarkan persepsi itu kerana ia menyumbang 40 peratus daripada jumlah markah keseluruhan.

IPTS wajib ambil lesen sebelum lantik pensyarah

KEMENTERIAN Pengajian Tinggi mewajibkan semua institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) mengemukakan permohonan mendapatkan lesen sebelum dibenar melantik pensyarah terutama membabitkan lulusan ijazah doktor falsafah (PhD).

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata arahan itu tertakluk Akta 555 IPTS bagi memastikan institusi berkenaan mematuhi peruntukan melantik pensyarah di kalangan graduan universiti diiktiraf dan PhD diperakui.

Beliau berkata, tindakan itu juga sebahagian langkah kementerian mengawal kualiti pendidikan tinggi negara di samping mengekalkan integriti penjawat akademik negara.

“Sebagai penyedia pendidikan tinggi berkualiti, kementerian tidak akan berkompromi dengan syarat pengambilan pensyarah.

“Ini mencerminkan kewibawaan institusi pengajian dan imej negara sebagai pusat pendidikan tinggi serantau.

“Jika IPTS bercadang melantik 20 pensyarah dengan syarat minimum ijazah sarjana muda untuk mengajar pelajar sijil atau diploma, mereka perlu mendapatkan lesen bagi setiap individu yang akan dilantik,” katanya.

Mohamed Khaled menjelaskan kementerian hanya akan mengeluarkan lesen apabila IPTS mengemukakan permohonan lengkap termasuk menyertakan ijazah tertinggi serta transkrip calon pensyarah dilantik untuk dinilai.

Beliau berkata, IPTS wajib memenuhi syarat berkenaan bertujuan mengekalkan kewibawaannya sebagai penyedia pendidikan berkualiti serta berpegang teguh prinsip pengamal akademik beretika.

Mengenai dakwaan mengatakan wujud pemberian PhD segera, katanya, ia tidak membabitkan ahli akademik sama ada di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mahupun IPTS.

Malah di IPTS, beliau berkata, syarat pengambilan pensyarah lebih ketat berbanding IPTA yang diberi autonomi berbuat demikian.

Jika ada dakwaan wujud pengeluaran PhD segera, beliau mengalu-alukan mereka yang mempunyai maklumat mengenainya tampil dan kementerian sedia menjalankan siasatan serta mengenakan tindakan tegas.

“Kami yakin sebelum seseorang pensyarah mengikuti pengajian peringkat PhD, pihak universiti akan mencadangkan institusi pengajian sesuai dan mempunyai rekod pencapaian akademik cemerlang,” katanya.

Fokus: Ketulenan PhD

Posted on the October 12th, 2009 under Berita by filanawzays

AGENSI Kelayakan Malaysia (MQA) menyediakan garis panduan khas kepada institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam melaksanakan program ijazah doktor falsafah (PhD).

Ketua Eksekutif MQA, Datuk Dr Syed Ahmad Hussein, berkata menerusi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF), pihaknya menetapkan syarat kelayakan dengan mengambil kira penyelidikan dan hasil pembelajaran kompleks dijayakan pelajar.

Beliau berkata, penetapan itu juga memberi tumpuan khusus terhadap aspek tertentu, termasuk tugasan bertulis dalam bentuk tesis atau disertasi.

Berdasarkan ketetapan MQF, katanya, IPT terbabit perlu memastikan setiap tugasan dilaksanakan pelajar mengikut jadual sebelum dianugerahkan PhD.

Kerangka itu mengambil kira bebanan pelajar sepanjang tempoh pengajian dan hasil penyelidikan yang dipersetujui pihak universiti.

Apabila segala ketetapan dilaksanakan sebaik mungkin, universiti menerusi persetujuan senat akan menganugerahkan PhD kepada pelajar.

Pengiktirafan dilaksanakan menerusi pentauliahan dalam bentuk ijazah dikeluarkan universiti lengkap butiran yang boleh dirujuk kepada pihak pengurusan IPT terbabit, katanya.

Begitu juga anugerah ijazah itu daripada IPT luar negara, Syed Ahmad berkata, pihaknya boleh mengesan ketulenannya dengan mengemukakan butiran antaranya tahun pengajian, bidang kajian dan tajuk tesis ke universiti berkenaan.
Iklan Di Berita Harian Online

Beliau berkata, agensi itu menerusi badan akreditasi antarabangsa dapat mengesan ketulenan sesuatu PhD berdasarkan rekod terdahulu berdasarkan butiran pada ijazah dikeluarkan.

Katanya, transkrip atau testimonial juga boleh dijadikan bahan rujukan dari semasa ke semasa.

Kami boleh mengesan secara terperinci pencapaian pelajar sepanjang tempoh pengajian, antaranya beban belajar, hasil pembelajaran dan tugasan bertulis yang dilaksanakan sebelum dianugerahkan PhD.

Di peringkat antarabangsa pula, MQA boleh mendapat maklumat lanjut mengenai kriteria pemberian ijazah berkenaan sama ada ia menerusi kajian sepenuh masa atau separuh masa.

Malah, ada juga IPT luar negara mengkreditkan jumlah pengalaman kerja pelajar atau penulisan yang diterbitkan dalam jurnal berkualiti (published work) sebagai sebahagian penilaian sepanjang pengajian, katanya.

Bagi mereka yang bertugas dalam sektor awam pula, Syed Ahmad berkata, proses mengesan ketulenan ijazah dimiliki lebih mudah kerana Jabatan Perkhidmatan Awam mempunyai pangkalan data IPT diiktiraf.

Katanya, setiap proses kenaikan pangkat dilaksanakan dengan merujuk ijazah kakitangannya ke universiti berkaitan untuk pengesahan.

Ini bermakna tidak akan berlaku seorang penjawat awam itu memiliki PhD diragui, katanya yang kini sedang mengukuhkan jaringan MQA dengan lebih banyak badan akreditasi antarabangsa.

Friday, October 2, 2009

Segera isi jawatan doktor - Musa

ARKIB : 29/09/2009

KOTA KINABALU 28 Sept. - Kementerian Kesihatan diminta mengatasi segera masalah kekurangan doktor yang berada di tahap kritikal sejak sekian lama dan menjejaskan perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, masalah itu sudah lama dimaklumkan kepada pihak berkenaan dan kerajaan negeri berharap ia dapat diselesaikan segera.

"Kalau boleh beri kelonggaran kepada doktor pakar dari luar negara untuk datang bekerja di Sabah bagi mengatasi masalah ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pembukaan Perhimpunan Agung Keempat Persatuan Penggalakan Pelancongan (TPO) Bandaraya Asia Pasifik di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun; Presiden TPO, Nam Sik Hur; Pengerusi Lembaga Pelancongan Malaysia, Datuk Dr. Victor Lee dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Ilyas Ibrahim.

Semalam Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, masalah kekurangan doktor di Sabah pada masa ini berada di tahap kritikal berbanding dengan jumlah penduduk negeri ini yang semakin bertambah.

Rosnah memberitahu, jawatan doktor yang diisi di Sabah kini hanya kira-kira 30 peratus daripada keperluan berbanding kadar pengisian nasional sebanyak 53 peratus.

* Agak aneh, bila Ketua Menteri sendiri mengatakan masalah sudah lama dimaklumkan, siapa sebenarnya yang engkar, ataupun tidak mengendahkan masalah satu negeri, atau siapa lebih dengar suara siapa....

Sukhoi History