Study in Hungary

Friday, December 12, 2008

Hadiah Nobel - Bilakah Malaysia?

Hadiah Nobel merupakan penganugerahan yang diberikan kepada individu atau pertubuhan yang telah melakukan penyelidikan ulung serta menghasilkan penemuan yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat. Sejak diperkenalkan tahun 1901, anugerah tersebut yang dicetuskan oleh saintis terkenal Alfred Nobel telah dibahagikan kepada beberapa kategori penerima seperti sains, psikologi dan perubatan, keamanan dan ekonomi.

Untuk kategori sains, seramai 238 ilmuan sains telah menerima anugerah berkenaan dimana 184 orang daripadanya terlibat dalam bidang fizik dan 154 orang lain untuk bidang kimia.

Hadiah-hadiah tersebut dikurniakan dalam satu upacara rasmi yang diadakan pada 10 Disember setiap tahun di Dewan Konsert Stockholm, Sweden.

Penerima anugerah akan membawa pulang sebutir pingat emas, diploma, dan wang tunai kira-kira USD 1.3 juta

(Sumber : estidotmy, utusan malaysia, 26 November 2008)

Merujuk kepada sumber diatas, mengingatkan saya akan 'presentation' yang disampaikan oleh Dekan Fakulti Perubatan, University of Szeged, yang merupakan Universiti yang turut tersenarai didalam ranking Eropah. Didalam presentation tersebut, beliau telah memaklumkan kepada hadirin (yang turut melibatkan seorang Dekan, dari sebuat Kolej Universiti Perubatan, (Swasta) Tempatan, yang telah diiktiraf oleh Kementerian), bahawa mengikut tarikh terkini, Hungary telahpun memiliki seramai 12 Penerima Anugerah Nobel. Professor Szabo, memaklumkan tanpa sebarang niat tersirat, cuma menyampaikan fakta. Sekiranya kita membaca artikel diatas, makanya pasti pembaca akan memahami mengapa, Professor Szabo menyebut akan Anugerah Prestij tersebut.

Sebagai pengiring Prof Szabo, didalam lawatan ke Malaysia, saya bagaimanapun merasa amat malu, dengan kesombongan Dekan dari Kolej Universiti tersebut. Semenjak dari awal, Dekan tersebut, seolah-olah cuba mencari kesilapan dan kelemahan University Szeged. Sehingga ke hari ini, pihak kami, masih tercari-cari, dimana silapnya, sehingga Dekan (juga seorang Dato') tersebut 'berangin'. Pepatah Melayu, mengatakan' orang berbudi, kita berbahasa', makanya, tiada alasan di pihak kami untuk memejamkan mata, diatas keangkuhan Dekan tersebut. Bagaimanapun, pihak kami hanya berdiam diri, memandangkan kami hanya tetamu

Sewaktu kami melawat sekitar kampus tersebut, Prof Szabo bertanyakan 2 perkara kepada saya, iaitu, bagaimana, seorang Dekan, boleh dipertanggungjawabkan kepada Fakulti Perubatan, Pergigian dan juga Farmasi, serentak. Sekiranya ini boleh berlaku, maka akan berlaku kompromi dari segi kualiti. Soalan kedua beliau ialah samada program tersebut diiktiraf, dan Professor Szabo juga terkejut apabila 'Pemilik' Kolej Universiti tersebut, menyatakan, bahawa Hotel 5 Bintang akan dibina, bersebelahan kampus tersebut. Bagaimanapun, pihak kami bersyukur kerana 'pemilik' tersebut tidaklah seangkuh Dekan yang bekerja dengan beliau.

Saya sudah menyatakan bahawa, Kolej Universiti tersebut (walaupun didalam iklan, perkataan Kolej tersebut dikecilkan, secara sengaja, dan perkataan Universiti diwar-warkan), telah pun diiktiraf oleh pihak Kementerian, Prof Szabo hanya mampu mengelengkan kepala, dan berkata kepada saya, kualiti sesebuah Universiti hanya akan terbukti setelah graduannya berjaya didalam perkhidmatan sebagai seorang doktor. Melihatkan kepada sistem yang diterimapakai oleh Kolej Universiti tersebut, dan masih belum menghasilkan generasi graduan perubatan, masih ada kira-kira 3 tahun lagi, Prof Szabo berkata, beliau tidak akan sekali-kali rela dirawat oleh graduan dari 'menara gading' tersebut. Saya hanya senyum, dan berkata, beliau tidak perlu risau kerana Universiti beliau sendiri, mempunyai ratio 1:1 (Jabatan Perkhidmatan Awam & Malaysian Medical Council menekankan kepada 1:8), dan kualiti pelajarnya membolehkan mereka diterima di UK, serta boleh berkhidmat di California, Amerika. Maka adalah tidak mungkin, Prof Szabo akan ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan, hatta sekecil mana sekalipun.

No comments:

Sukhoi History