Study in Hungary

Sunday, February 28, 2010

27th Februari 2010 ( Al Raqib - Yang Maha Mengawasi )

Tanggal 27hb Februari, merupakan suatu lagi tarikh, dimana kunci pintu masuk MPEC (MISSIB Professional & Educational Centre), rosak. Ini merupakan kali ke - 3, dan melalui rujukan, didapati pintu tersebut dirosakkan oleh seseorang.

Pada kali ke - 2, saya sendiri terkurung didalam.

Memandangkan, MPEC selaku sebuah institusi tidak pernah, menganiaya sesiapa, dan pada masa yang sama, telah berkali-kali diperlakukan sebegini, semoga mereka yang mempunyai PhD tersebut (samada yang melakukannya & yang menyokongnya), dilaknat Allah Azza Wa Jall..(wallahi, wabillahi, watallahi...)

Seperti yang ditulis di Wall Facebook saya (sebelum kejadian terkini ini berlaku), ...kenapa orang yang tidak bersalah.... ini adalah antara sebabnya..

Pada 2008, MPEC diugut, oleh Penjawat Awam (Keselamatan), pada 2005 - 2007 pula adalah cercaan dari Penjawat Awam di Putrajaya..Hanya pada 2009, MPEC tenang dari tsunami, kini, pada awal tahun 2010, sabotaj bermula lagi..

"It is impossible to please all of the people, all of the time", tapi perkara yang terjadi kepada MPEC, adalah berdasarkan kepada situasi iaitu keadaan yang berlaku. Tiada fitnah melulu, tiada tuduhan yang tidak berasas..

"...dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada diantara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan (angkatkan) aku, Englaulah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan segala sesuatu" (Surah Al-Ma'idah : Ayat 117)

1 comment:

Bustanul Bey said...

Agak malang nasib yang menimpa saudara. Saya tumpang simpati, apa pun saudara harus teguh dan kuat, saya sentiasa yakin dengan saudara.

Sukhoi History