Setelah mendapat panggilan telefon dari RI yang tengah panik-panik tak tahu nak isi borang, aku pun setuju, untuk menolong dia. Nasihat aku pada asalnya, fikirkan betul-betul pasal nak masuk polis pasal dia hanya menggunakan sijil SPM, dan sekarang dia dah pun berada di Kolej. Jadi, aku rasa eloklah kalau dia habiskan Kolej dulu, dan baru buat permohonan.
Tapi memandangkan dia tak minat dengan subjek Kolej, dan lebih berminat nak masuk Polis. Aku pun menolong. Nak dijadikan cerita, nak isi borang adalah teramat memeningkan kepala, lebih-lebih lagi bila Sijil SPMnya itu adalah Sistem Terbuka, dan dia adalah batch pertama. Jadi aku bertambah pening, pasal arahan dalam buku panduan tak merangkumi ciri-ciri Peperiksaan Terbuka. Kod Peperiksaan, Senarai Subjek Wajib, dan juga Subjek-subjek yang dia 'score', memang ada ruangnya. Masalah timbul, bila Sistem Terbuka menggunakan (A+, A, A-), tapi dalam borang, tidak ada Alphabet, tapi cuma (1,2,3..etc), selepas tu, ada kena pulak diHITAM didalam ruangan berkenaan.
Mulanya aku menyangka aku terlepas pandang didalam buku panduan (yang merupakan sebuah buku, hampir setebal sebuah novel). Setelah dibelek-belek berkali-kali, dan dirujuk semula dengan kawan-kawan RI, memang tak ada langsung JADUAL PengGREDan yang borang tu kata perlu dimasukkan. Akibatnya, usaha menolong RI, terbantut. Kesian dia.
Kaedah yang aku guna waktu tu, aku ambil pensil, aku slash off, semua dalam buku panduan mana yang tak berkaitan untuk dia. Penuhlah dengan slash mark BATAL, dari situ aku mencari-cari klausa berkaitan dengan SPM, tak lah banyak mana pun dari 'buku novel' tersebut, dah dikecilkan skop pun, masih lagi tak jumpa-jumpa.
Kadang-kadang pelik juga, benda yang kita cari, tak jumpa-jumpa, yang kita tak jangka jumpa, terjumpa pulak. Masa tengok borang dia tu, aku terlihat kod untuk Universiti dan Kolej-kolej. Kagum juga aku, bila Ijazah Pertama aku ada disenaraikan didalam Bidang Profesional & Ikhtisas PDRM. Masa aku p England dulu-dulu, katanya Perkhidmatan Awam tak pandang kelulusan Chartered aku ni. Universiti aku yang kat England pulak, walaupun dah tukar nama, tapi dalam Borang Polis DiRaja Malaysia, masih pakai nama yang asal. Ertinya dari dulu lagi PDRM dah tahu tempat belajar aku ni. Cuma, kenapa Perkhidmatan Awam waktu tu poyo sangat. Entahlah, mungkin dugaan hidup buat aku agaknya.. Sampailah ke University MBA aku kat Cleveland Ohio, US, pun ada terjumpa. Jadi tak lah se bunian mana pun tempat-tempat yang pernah aku pergi belajar..
So, aku nasihatkan pada RI, habiskan je la Diploma, lepas tu mohon balik guna Diploma tu, lebih elok untuk tangga gaji. Lagipun, kawan baik dia, tak dapat nak turut serta dalam permohonan kali ni. Kan elok kalau apply sama-sama.. Lagi satu, jangan masa nak interview tu baru nak berhenti rokok, baru nak start p jogging apa semua.. Kena mula sekarang, badan tu X kan naik magically bila besok nak interview, malamnya baru nak buat macam-macam.. (sorry la, taw kan, yang abg memang sound direct kat korang, mcm biasa...)
Harap-harap aku, dia baca la blog ni...